BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Wednesday, 8 June 2011

ciri-ciri wanita solehah

  1. Gadis yang taat kepada allah
  2. Gadis yang paling jelita.Walaupun tak jelita, tapi raut wajahnya tenang dan manis, dan tiada kejahatan pada wajahnya.
  3. Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya
  4. Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya.
  5. Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih sayang dan cinta yang dipendamkan istimewa untuk suaminya yang telah ditakdirkan hidup bersamanya.
  6. Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif
  7. Menganggap hidup sebagai satu nikmat yang terbesar yang membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah.
  8. Bertudung untuk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar untuk tidak menampakkan susuk tubuhnya.
  9. Apabila berjalan keluar rumah, dia sentiasa bertemankan muhrimnya.
  10. Berjalan tidak berlenggok atau menunjuk-nunjuk..
Sebuah hadis Nabi menyatakan :) Daripada Anas, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : " Apabila seorang wanita mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukai." (Hadis Riwayat Ahmad )

Amalan- amalan wanita solehah

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.

Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya.  Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Rahsia wanita

  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hati.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,  lebih baik kamu beri masa untuk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sukar untuk dia mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang, sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan
  4. Wanita memang sukakan pujian, tetapi selalu tidak tahu macam mana hendak menerima pujian




 

0 comments: